kerana kelak Allah akan bertanya,
andai yang berbuat zalim akan diseksa,
dan kebaikkan akan dibalas bagi
yang melakukan amal soleh..
bagaimana nikmat hidup ini mampu dirasa,
bagi mereka yang yakin
kematian akan datang bila-bila,
nyawa disentap oleh malaikat
yang besar, yang kuat,
lalu dia ditempatkan dalam kuburan yang sunyi
yang menjadi tempat huninya..
bagaimana nikmat hidup ini mampu dirasa,
bagi mereka yang tahu alam kubur destinasi mereka yang seterusnya,
tempat yang akan menghancurkan setiap tubuhnya,
wajah serta seluruh sendi-sendinya..
No comments:
Post a Comment