Wednesday, 31 July 2013

mati vs nikah

antara mati dan nikah..
siapa yang akan datang padaku dulu..

antara mati dan nikah..
siapa yang bakal ketemuku dulu..

antara mati dan nikah..
siapa yang dapat ingatkan aku padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa yang dapat selamatkan aku dari mainan dunia..

antara mati dan nikah..
siapa yang banyak menyedarkan aku..

antara mati dan nikah..
siapa yang banyak membantu aku kembali padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan bantu aku dari penipuan dunia..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan sedarkan aku dari kelalaian dunia yang sementara..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan mendekatkan aku denganNya..

antara mati dan nikah..
siapa dapat menunjukkan aku jalan yang lurus untuk kembali padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa, bagaiamana, dan bila kamu akan hadir??

sekarang pada aku hanya mati..

jigouku shoujo

hell girl..
siapa mahu??
sudah pasti tiada siapa yang nak title tu..
mereka yang non muslim pun tak nak..
tapi jika di dunia kamu lupa sama Dia Yang Maha Kuasa..
pasti secara percumanya title tu bisa diperolehi..
kerana syurga dan neraka itu milik Allah..

tapi kat sini kita masuk alam imaginasi sekejap..
hell girl yang aku maksudkan bukan kamu, kamu, atau kamu..
hell girl ni anime jepun..
hell girl ni muncul kerana dendamnya pada penduduk kampungnya..
dia sama familynya ditimbus hidup2 oleh penduduk kampungnya..
disebabkan memiliki dendam yang teramat dalam..
dia membakar seluruh penduduk kampungnya..
dengan pembalasan dendam yang dia lakukan..
dia dinobatkan sebagai jigouku shoujo (hell girl)..
dia akan menghantar mereka yang ingin dibalas dendam tu ke neraka..
dia akan balas dendam bagi pihak mereka yang teraniaya yang ingin membalas dendam
dengan hantar mereka yang jahat tu ke neraka..

ini dia hell girl yang dibicarakan tadi

jika mahu membalas dendam, 
dalam anime ni ada caranya..
hanya perlu menaip jigouku shoujo
n selepas tu satu website akan keluar..
anda hanya perlu menaip nama orang yang anda paling benci yang ingin dihantar ke neraka..
n submit..
secara tiba2 nya hell girl ni akan menemui anda dengan memberi patung yang diikat dengan benang merah..
jika anda yakin ingin hantar orang itu ke neraka..
anda hanya perlu tarik benang merah n secara tidak langsung orang itu akan dihantar ke neraka..
tapi ingat selepas orang tu dihantar ke neraka, 
anda akan punya tanda yang akan menghantar anda ke neraka selepas anda mati..
dan satu lagi website ni hanya akan muncul pada waktu 12 malam..

nilah contoh websitenya..

sekarang kita keluar dari imaginasi ni..
website ni memang ada kalu dicari..
tapi yang fake punya laa..
sebab nama lagi anime, citer yang orang buat..
memang la fake..
kalu nak cari juga..
taip hotline to hell..
nanti jumpa lah..

so, juz nak nyatakan kat sini laa..
ni semua hanyalah dongeng semata2..
kot ya pun minat anime, jangan plak percaya citer2 camni..
sebab kita kan sudah sedia maklum yang syurga dan neraka itu milik Allah..
hanya Allah yang layak menentukan siapa yang layak ke neraka n syurga..
tugas kita hanyalah mengikut segala suruhan Allah..
kalau tak nak ikut, silakan masuk neraka lah..
sebab segala2nya yang ada di sekeliling kita milik Allah..
dan satu lagi..
dalam islam pun kita tak diajar untuk berdendam..
sebab bila kita dendam kita akan marah..
n tanpa kita sedar yang sedang kuasai kita waktu tu syaitan laknutullah..
jadi setiap masalah ada peneyelesaiannya..
jika lemah n tak mampu..
Allah sentiasa ada n sering ada..
mohonlah padaNya..


mati

pernah kau bisa terfikirin soal mati??
aku pernah..
bukan sekali, bukan dua juga tiga
malah kerap sekali..
jika dulu aku hanya fikir soal nikah,
tapi sekarang bila soal nikah muncul
otakku ligat fikirin soal mati..
mereka pada umur aku, 
aku percaya pasti mereka hanya fikir soal nikah
tapi bukan aku..
nikah pada aku perkara kedua selepas mati..
sebelum aku berangan untuk nikah..
aku akan berangan untuk mati..
jika bisa aku ingin pergi sebelum ibubapa ku pergi..
jika bisa aku ingin pergi secepat yang bisa..
jika bisa aku ingin tuhan menjemputku bila segalanya diampunkan..
jika bisa aku ingin pergi bila segala dosa2ku diampunkan..
jika bisa aku ingin pergi dalam mencintaiNya..
jika bisa aku ingin pergi ketika sedang menyebut namaNya..
jika bisa aku ingin pergi di mana kepala ku sujud kepadaNya..
jika bisa aku ingin pergi di mana hatiku penuh dengan rasa cinta kepadaNya..
jika bisa aku ingin pergi dalam keadaan gembira ingin ketemu denganNya..
itupun jika bisa..
bila aku sudah pergi aku mohon tiada siapa yang akan menangisi pemergianku..
bila aku sudah pergi aku mohon jangan diingati aku lagi..
bila aku sudah pergi aku mohon lupakanlah aku..
bila aku sudah pergi aku mohon jangan dibuka aib tentangku..
bila aku sudah pergi aku mohon ingatilah aku dengan bacaan yasin..
bila aku sudah pergi aku mohon ingatilah dengan doamu padaNya..
kerna mati itu dekat..


Sunday, 28 July 2013

syurga neraka

orang selalu bilang antara syurga dan neraka..
mereka yang baik itu pasti akan ditempatkan ke syurga..
n mereka yang jahat itu pasti akan masuk neraka..
tapi tanpa kita sedar, ada je yang baik2 yang akan masuk neraka,
n ada je mereka yang jahat akan masuk syurga dengan izin Allah..
pada aku, terlalu ramai mereka yang baik yang akan masuk neraka,
kerna apa??
kerana mereka hanya baik di mata manusia tapi tidak pada pandangan Allah..
di dunia mereka dipuji, dibanggakan, disanjungi dengan budi pekerti yang mereka miliki..
tapi pada pandangn Allah, mereka dikeji, dipandang hina..
kerna aapa??
kerana mereka tidak menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..
mereka melanggar suruhan Allah SWT, mereka memandang remeh pada suruhan Allah..
mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..
tapi mereka baik pada manusia, hanya pada dunia..
bagi yang jahat tapi masuk syurga pulak, situasi dia berbeza..
mereka ini mungkin pada dunia kelihatan jahat tapi tidak pada pandangan Allah..
contohnya, bila mereka ini tidak berhenti menyuruh melakukan kebaikkan 
tetapi mereka dikecam dengan ajakkan merekake arah kebaikkan itu..
dan mereka ini dilabel sebagai jahat pada golongan mereka yang ingkar akan suruhan Allah..
contoh lagi, mereka ini sememangnya baik n selalu jaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
tetapi ada beberapa golongan yang tidak berpuas hati (dengki) dengan ketaatan mereka dalam
melaksanakan segala suruhan Allah, oleh itu mereka ini difitnah oleh golongan yang tidak berpuas hati ni sehingga fitnah itu tersebar keseluruhnya n menyebabkan fitnah itu dipercayai oleh semua orang..
dengan secara tidak langsung mereka ini dipandang jahat disebabkan fitnah yang disebarkan itu..
so, kesimpulannya kat sini.. baik jahat pada pandangan manusia itu tidak akan menentukan kita akan masuk syurga atau neraka.. tapi pandangan Allah itu yang patut kita jaga kerana syurga n neraka itu milik Allah.. hanya Allah yang berhak untuk menentukannya berdasarkan atas amalan kita kat dunia ni..
oleh itu, jadilah hamba Allah yang selalu menjaga hubungan denganNya..
Assalamualaikum..

Thursday, 25 July 2013

sorry bro

soal dunia bukan main lancang lagi berbicara,
but soal akhirat sana??
krik, krik, krik..
sory la bro gua x respect lu walau lu bos besar kat dunia ni sekalipun..

aku

okay, for the first time nak citer sikit pasal aku..
mungkin menjadi tanda tanya n mungkin juga tidak..
aku ni bukan gadis kampung dan bukan juga gadis bandar..
hanya gadis biasa yang hanya tahu hidup di dunia semata-mata..
itu dulu, sekarang mungkin tidak n mungkin juga masih seperti dulu..
study kat perlis, n now praktikal kat johor but asal kelantan..
ok, stop it.. citer pasal aku x menarik..
juz nak kongsi sedikit pengalaman, eh tidak, ini bukan pengalaman tapi kisah..
sebelum ni, ramai orang cakap aku ni xde perasaan..
xde perasaan itu cool ke or "bodoh"??
whatever, but berdasarkan pemerhatian aku la, 
aku cuba kaji selidik sikit kenapa diorang panggil aku camtu..
so, dari pemerhatian aku la, aku dinobatkan sebagai manusia xde perasaan
sebab aku x bagi respons setiap apa yang diorang cakap..
for example, bila kawan aku cerita kisah dia yang lawak yang sepatutnya aku gelak
berdekah-dekah x ingat dunia but instead of that aku juz jawab "oh.." tanpa sebarang reaksi..
jadi sebab tu ke aku dilabel sebagai manusia yang x berperasaan..
ADA AKU KISAH!!!
jadi kat sini, juz nak jawab balik la kenapa aku camtu..
bagi aku if something 2 x lawak, x sedih, x menyakitkan hati,
untuk apa aku berlakon nak buat2 lawak, sedih ke ape..
lagipun aku x pandai nak berpura-pura gembira, sedih ke ape..
nak jaga perasaan tu memang la sepatutnya yang aku lakukan
tapi kalau sampai bohong hati sendiri n bohong kawan, untuk ape semua tu..
itu semua pada aku la..
orang lain lantak diorang la, pendapat masing-masing..
n pada aku la, dari aku jaga hati manusia yang x pandai jaga hati aku sendiri lebih baik aku jaga hubungan aku dengan Allah SWT..
sudah semestinya ada balasannya, walau bukan sekarang tapi InsyaAllah di akhirat nanti..
n aku x nak amik kisah tentang pandangan manusia kat aku, sebab aku hanya inginkan pandangan Allah SWT..
jadi if manusia di luar sana nak nilai aku macam-macam, nilailah sebab semua tu langsung x bernilai bagi aku,
sebab sekarang aku akan cuba jaga pandangan Allah, buat ape yang Allah suruh, tinggal ape yang Allah larang, buat ape yang Allah suka n jauhkan diri dari ape yang Allah benci, insyaAllah bahagia hingga akhirnya sebab segala apa yang kita buat segalanya hanya kerana Allah..
tujuan utama kita hidup kat dunia ni hanya untuk mendapatkan redha Allah..
jadi renungi diri, muhasabah diri, baiki diri, ayuh kejar cinta Illahi..
aku pun masih jauh, tapi sedang cuba dekatkan diri denganNya..
InsyaAllah..

#maaf, bahasa kasar tapi itu aku, so I dont care.. daa.. Assalamualaikum..




Tuesday, 23 July 2013

kenapa??

cerita ini bermula..

hari ni aku happy sangat sebab blablablablabla..

sampai bila blablablabla itu bisa terhenti..

blablablablablablablablablablablaaaaaa....

cukup la woi..

stop it, enough is enough..

aku bosan sama blablabla kau yang tiada kesudahan itu..

aku bosan sama kegembiraan kau melupakan segalanya..

aku bosan sama kegembiraan kau yang mendalam terhadap dunia..

aku bosan sama kegembiraan kau dengan dosa yang kau anggap biasa..

aku bosan sama kegembiraan kau melanggar segala suruhanNya Yang Maha Kuasa..

aku bosan sama kegembiraan kau..

aku bosan, aku bosan, aku bosan sama kau..

krik, krik, krik..

masing-masing terdiam..

dia mula bersuara..

kau kira bosan yang kau cipta itu mampu membawa kau ke syurga??

kau kira bosan yang kau miliki itu mampu hilangkan cinta kau pada dunia??

kau kira bosan yang kau bencikan itu mampu dekatkan kau pada Yang Maha Kuasa??

jika kau bosan kenapa kau diam??

jika kau bosan kenapa kau pura-pura gembira??

jika kau bosan kenapa biarkan aku dengan kegembiraan yang sementara ini??

kenapa?? kenapa?? kenapa kau tidak bersuara dengan dosa yang aku anggap biasa ni??

kenapa kau biarkan aku gembira sama dunia yang sementara ni??

KENAPA??

aku terdiam....

dia berlalu pergi dengan segala kesedihan yang aku cipta..

aku mula tersentap dengan segala persoalannya..

menangis dalam diam..

aku yang salah..


jauh

mimpi semalam muncul lagi..

seperti biasa alarm berbunyi pukul 3 pagi..

tapi dimatikan tanpa rasa bersalah..

pukul 3.30, pukul 4, 4.10, 4.20 masih berbunyi..

tapi dimatikan, dimatikan lagi..

pukul 4.30 tetap berbunyi..

dibiarkan berbunyi, 

mata mula terbuka..

tapi masih di posisi yang sama..

masih terfikirkan mimpi 10 minit yang lalu..

tidak berganjak,

kata-kata itu masih terngiang-ngiang tiada henti..

dalam diam mula terfikir..

ya, memang benar kata-kata itu..

"kau kira kau telah dekat denganNya, pada hakikatnya kau masih terlalu, terlalu, teeeerrrlalu jauh denganNya"

wuduk diambil, sejadah dibentangkan..

cuba dan cuba lagi untuk mendekatiNya..