mungkin menjadi tanda tanya n mungkin juga tidak..
aku ni bukan gadis kampung dan bukan juga gadis bandar..
hanya gadis biasa yang hanya tahu hidup di dunia semata-mata..
itu dulu, sekarang mungkin tidak n mungkin juga masih seperti dulu..
study kat perlis, n now praktikal kat johor but asal kelantan..
ok, stop it.. citer pasal aku x menarik..
juz nak kongsi sedikit pengalaman, eh tidak, ini bukan pengalaman tapi kisah..
sebelum ni, ramai orang cakap aku ni xde perasaan..
xde perasaan itu cool ke or "bodoh"??
whatever, but berdasarkan pemerhatian aku la,
aku cuba kaji selidik sikit kenapa diorang panggil aku camtu..
so, dari pemerhatian aku la, aku dinobatkan sebagai manusia xde perasaan
sebab aku x bagi respons setiap apa yang diorang cakap..
for example, bila kawan aku cerita kisah dia yang lawak yang sepatutnya aku gelak
berdekah-dekah x ingat dunia but instead of that aku juz jawab "oh.." tanpa sebarang reaksi..
jadi sebab tu ke aku dilabel sebagai manusia yang x berperasaan..
ADA AKU KISAH!!!
jadi kat sini, juz nak jawab balik la kenapa aku camtu..
bagi aku if something 2 x lawak, x sedih, x menyakitkan hati,
untuk apa aku berlakon nak buat2 lawak, sedih ke ape..
lagipun aku x pandai nak berpura-pura gembira, sedih ke ape..
nak jaga perasaan tu memang la sepatutnya yang aku lakukan
tapi kalau sampai bohong hati sendiri n bohong kawan, untuk ape semua tu..
itu semua pada aku la..
orang lain lantak diorang la, pendapat masing-masing..
n pada aku la, dari aku jaga hati manusia yang x pandai jaga hati aku sendiri lebih baik aku jaga hubungan aku dengan Allah SWT..
sudah semestinya ada balasannya, walau bukan sekarang tapi InsyaAllah di akhirat nanti..
n aku x nak amik kisah tentang pandangan manusia kat aku, sebab aku hanya inginkan pandangan Allah SWT..
jadi if manusia di luar sana nak nilai aku macam-macam, nilailah sebab semua tu langsung x bernilai bagi aku,
sebab sekarang aku akan cuba jaga pandangan Allah, buat ape yang Allah suruh, tinggal ape yang Allah larang, buat ape yang Allah suka n jauhkan diri dari ape yang Allah benci, insyaAllah bahagia hingga akhirnya sebab segala apa yang kita buat segalanya hanya kerana Allah..
tujuan utama kita hidup kat dunia ni hanya untuk mendapatkan redha Allah..
jadi renungi diri, muhasabah diri, baiki diri, ayuh kejar cinta Illahi..
aku pun masih jauh, tapi sedang cuba dekatkan diri denganNya..
InsyaAllah..
#maaf, bahasa kasar tapi itu aku, so I dont care.. daa.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment