Wednesday, 14 August 2013

Bicaraku

bagaimana mau ku berbicara..
terkadang bicaraku seperti kanak2 yang baru belajar bercakap..
aku bukan bisu..
tapi bicaraku banyak tersimpan di hati..
ku biarkan hati ini berbicara dan terus berbicara..
sehinggakan bicaraku pada dunia semakin pudar..
dari dulu aku hanya mendengar dan menilai..
terkadang aku lupa apa yang aku dengari..
dan jiwaku terus kosong tanpa erti..
terkadang aku takut perbicaraanku menjadi saksi kemungkaranku..
terkadang aku bimbang bicaraanku membawaku ke neraka..
kerna itu aku kurang berbicara..
kerna aku mahu bicaraku hanya pada Dia Yang Maha Esa..

Sunday, 11 August 2013

Itu dia

hati kau begitu teguh mencintai dia..
namun aku tidak..
bila aku dah lupa, aku akan lupakan segalanya..
walau hati ku masih ada dia..
kadang-kadang muncul dan juga pergi..
setiap detik memerhati,
tapi ternyata sia-sia dan buang masa..
jadi aku pergi dan kadang-kadang ragu..
ragu dengan keputusanku..
mahu ku kembali tapi ku paksakan langkahku,
pergi meninggalkan dia..
tapi itu dulu..
kini hatiku teguh pergi meninggalkan dia..
walau bayang-bayangnya selalu ada..
itu dia..

Dia yang dah pergi

sebelum ni aku giat cerita perihal mati..
namun ianya takdir Allah..
apa bisa mampu ku lakukan..
hanya redha dengan ketentuanNya..
dua hari sebelum raya..
berlaku kemalangan yang melibatkan kawan baik aku serta kakaknya..
apa mampu ku lakukan..
bila ajal telah menjemput mereka..
hanya sekalung doa yang mampu ku berikan..
setiap malam wajahnya selalu muncul,
tersenyum gembira terhadapku..
namun aku tetap menyesal,
belum sempat kita ketemu..
dia dah pergi dulu..
dari dulu dia tidak pernah lupa aku..
tapi aku, aku lupa segalanya..
kini bila nasi dah jadi bubur..
baru ku tahu erti sebuah penyesalan..
menyesal kerana aku terlalu angkuh untuk bertanya khabar mereka..
terlalu sibuk dengan masalah sendiri sehingga abaikan semua orang..
bila dia dah pergi, menangis dalam hati yang bisa ku lakukan..
meratapi pemergiannya..
dulu masa kecil, 
aku dan dia pernah mencipta nama untuk anak2 pada masa akan datang..
namun sekarang dia dah xde..
dan aku juga mungkin akan menyusulnya pergi suatu hari nanti..
InsyaAllah..
#Taqwa Muniira
#persahabatan pertama yang dicipta

Wednesday, 31 July 2013

mati vs nikah

antara mati dan nikah..
siapa yang akan datang padaku dulu..

antara mati dan nikah..
siapa yang bakal ketemuku dulu..

antara mati dan nikah..
siapa yang dapat ingatkan aku padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa yang dapat selamatkan aku dari mainan dunia..

antara mati dan nikah..
siapa yang banyak menyedarkan aku..

antara mati dan nikah..
siapa yang banyak membantu aku kembali padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan bantu aku dari penipuan dunia..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan sedarkan aku dari kelalaian dunia yang sementara..

antara mati dan nikah..
siapa yang akan mendekatkan aku denganNya..

antara mati dan nikah..
siapa dapat menunjukkan aku jalan yang lurus untuk kembali padaNya..

antara mati dan nikah..
siapa, bagaiamana, dan bila kamu akan hadir??

sekarang pada aku hanya mati..

jigouku shoujo

hell girl..
siapa mahu??
sudah pasti tiada siapa yang nak title tu..
mereka yang non muslim pun tak nak..
tapi jika di dunia kamu lupa sama Dia Yang Maha Kuasa..
pasti secara percumanya title tu bisa diperolehi..
kerana syurga dan neraka itu milik Allah..

tapi kat sini kita masuk alam imaginasi sekejap..
hell girl yang aku maksudkan bukan kamu, kamu, atau kamu..
hell girl ni anime jepun..
hell girl ni muncul kerana dendamnya pada penduduk kampungnya..
dia sama familynya ditimbus hidup2 oleh penduduk kampungnya..
disebabkan memiliki dendam yang teramat dalam..
dia membakar seluruh penduduk kampungnya..
dengan pembalasan dendam yang dia lakukan..
dia dinobatkan sebagai jigouku shoujo (hell girl)..
dia akan menghantar mereka yang ingin dibalas dendam tu ke neraka..
dia akan balas dendam bagi pihak mereka yang teraniaya yang ingin membalas dendam
dengan hantar mereka yang jahat tu ke neraka..

ini dia hell girl yang dibicarakan tadi

jika mahu membalas dendam, 
dalam anime ni ada caranya..
hanya perlu menaip jigouku shoujo
n selepas tu satu website akan keluar..
anda hanya perlu menaip nama orang yang anda paling benci yang ingin dihantar ke neraka..
n submit..
secara tiba2 nya hell girl ni akan menemui anda dengan memberi patung yang diikat dengan benang merah..
jika anda yakin ingin hantar orang itu ke neraka..
anda hanya perlu tarik benang merah n secara tidak langsung orang itu akan dihantar ke neraka..
tapi ingat selepas orang tu dihantar ke neraka, 
anda akan punya tanda yang akan menghantar anda ke neraka selepas anda mati..
dan satu lagi website ni hanya akan muncul pada waktu 12 malam..

nilah contoh websitenya..

sekarang kita keluar dari imaginasi ni..
website ni memang ada kalu dicari..
tapi yang fake punya laa..
sebab nama lagi anime, citer yang orang buat..
memang la fake..
kalu nak cari juga..
taip hotline to hell..
nanti jumpa lah..

so, juz nak nyatakan kat sini laa..
ni semua hanyalah dongeng semata2..
kot ya pun minat anime, jangan plak percaya citer2 camni..
sebab kita kan sudah sedia maklum yang syurga dan neraka itu milik Allah..
hanya Allah yang layak menentukan siapa yang layak ke neraka n syurga..
tugas kita hanyalah mengikut segala suruhan Allah..
kalau tak nak ikut, silakan masuk neraka lah..
sebab segala2nya yang ada di sekeliling kita milik Allah..
dan satu lagi..
dalam islam pun kita tak diajar untuk berdendam..
sebab bila kita dendam kita akan marah..
n tanpa kita sedar yang sedang kuasai kita waktu tu syaitan laknutullah..
jadi setiap masalah ada peneyelesaiannya..
jika lemah n tak mampu..
Allah sentiasa ada n sering ada..
mohonlah padaNya..


mati

pernah kau bisa terfikirin soal mati??
aku pernah..
bukan sekali, bukan dua juga tiga
malah kerap sekali..
jika dulu aku hanya fikir soal nikah,
tapi sekarang bila soal nikah muncul
otakku ligat fikirin soal mati..
mereka pada umur aku, 
aku percaya pasti mereka hanya fikir soal nikah
tapi bukan aku..
nikah pada aku perkara kedua selepas mati..
sebelum aku berangan untuk nikah..
aku akan berangan untuk mati..
jika bisa aku ingin pergi sebelum ibubapa ku pergi..
jika bisa aku ingin pergi secepat yang bisa..
jika bisa aku ingin tuhan menjemputku bila segalanya diampunkan..
jika bisa aku ingin pergi bila segala dosa2ku diampunkan..
jika bisa aku ingin pergi dalam mencintaiNya..
jika bisa aku ingin pergi ketika sedang menyebut namaNya..
jika bisa aku ingin pergi di mana kepala ku sujud kepadaNya..
jika bisa aku ingin pergi di mana hatiku penuh dengan rasa cinta kepadaNya..
jika bisa aku ingin pergi dalam keadaan gembira ingin ketemu denganNya..
itupun jika bisa..
bila aku sudah pergi aku mohon tiada siapa yang akan menangisi pemergianku..
bila aku sudah pergi aku mohon jangan diingati aku lagi..
bila aku sudah pergi aku mohon lupakanlah aku..
bila aku sudah pergi aku mohon jangan dibuka aib tentangku..
bila aku sudah pergi aku mohon ingatilah aku dengan bacaan yasin..
bila aku sudah pergi aku mohon ingatilah dengan doamu padaNya..
kerna mati itu dekat..


Sunday, 28 July 2013

syurga neraka

orang selalu bilang antara syurga dan neraka..
mereka yang baik itu pasti akan ditempatkan ke syurga..
n mereka yang jahat itu pasti akan masuk neraka..
tapi tanpa kita sedar, ada je yang baik2 yang akan masuk neraka,
n ada je mereka yang jahat akan masuk syurga dengan izin Allah..
pada aku, terlalu ramai mereka yang baik yang akan masuk neraka,
kerna apa??
kerana mereka hanya baik di mata manusia tapi tidak pada pandangan Allah..
di dunia mereka dipuji, dibanggakan, disanjungi dengan budi pekerti yang mereka miliki..
tapi pada pandangn Allah, mereka dikeji, dipandang hina..
kerna aapa??
kerana mereka tidak menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..
mereka melanggar suruhan Allah SWT, mereka memandang remeh pada suruhan Allah..
mereka melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT..
tapi mereka baik pada manusia, hanya pada dunia..
bagi yang jahat tapi masuk syurga pulak, situasi dia berbeza..
mereka ini mungkin pada dunia kelihatan jahat tapi tidak pada pandangan Allah..
contohnya, bila mereka ini tidak berhenti menyuruh melakukan kebaikkan 
tetapi mereka dikecam dengan ajakkan merekake arah kebaikkan itu..
dan mereka ini dilabel sebagai jahat pada golongan mereka yang ingkar akan suruhan Allah..
contoh lagi, mereka ini sememangnya baik n selalu jaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
tetapi ada beberapa golongan yang tidak berpuas hati (dengki) dengan ketaatan mereka dalam
melaksanakan segala suruhan Allah, oleh itu mereka ini difitnah oleh golongan yang tidak berpuas hati ni sehingga fitnah itu tersebar keseluruhnya n menyebabkan fitnah itu dipercayai oleh semua orang..
dengan secara tidak langsung mereka ini dipandang jahat disebabkan fitnah yang disebarkan itu..
so, kesimpulannya kat sini.. baik jahat pada pandangan manusia itu tidak akan menentukan kita akan masuk syurga atau neraka.. tapi pandangan Allah itu yang patut kita jaga kerana syurga n neraka itu milik Allah.. hanya Allah yang berhak untuk menentukannya berdasarkan atas amalan kita kat dunia ni..
oleh itu, jadilah hamba Allah yang selalu menjaga hubungan denganNya..
Assalamualaikum..

Thursday, 25 July 2013

sorry bro

soal dunia bukan main lancang lagi berbicara,
but soal akhirat sana??
krik, krik, krik..
sory la bro gua x respect lu walau lu bos besar kat dunia ni sekalipun..

aku

okay, for the first time nak citer sikit pasal aku..
mungkin menjadi tanda tanya n mungkin juga tidak..
aku ni bukan gadis kampung dan bukan juga gadis bandar..
hanya gadis biasa yang hanya tahu hidup di dunia semata-mata..
itu dulu, sekarang mungkin tidak n mungkin juga masih seperti dulu..
study kat perlis, n now praktikal kat johor but asal kelantan..
ok, stop it.. citer pasal aku x menarik..
juz nak kongsi sedikit pengalaman, eh tidak, ini bukan pengalaman tapi kisah..
sebelum ni, ramai orang cakap aku ni xde perasaan..
xde perasaan itu cool ke or "bodoh"??
whatever, but berdasarkan pemerhatian aku la, 
aku cuba kaji selidik sikit kenapa diorang panggil aku camtu..
so, dari pemerhatian aku la, aku dinobatkan sebagai manusia xde perasaan
sebab aku x bagi respons setiap apa yang diorang cakap..
for example, bila kawan aku cerita kisah dia yang lawak yang sepatutnya aku gelak
berdekah-dekah x ingat dunia but instead of that aku juz jawab "oh.." tanpa sebarang reaksi..
jadi sebab tu ke aku dilabel sebagai manusia yang x berperasaan..
ADA AKU KISAH!!!
jadi kat sini, juz nak jawab balik la kenapa aku camtu..
bagi aku if something 2 x lawak, x sedih, x menyakitkan hati,
untuk apa aku berlakon nak buat2 lawak, sedih ke ape..
lagipun aku x pandai nak berpura-pura gembira, sedih ke ape..
nak jaga perasaan tu memang la sepatutnya yang aku lakukan
tapi kalau sampai bohong hati sendiri n bohong kawan, untuk ape semua tu..
itu semua pada aku la..
orang lain lantak diorang la, pendapat masing-masing..
n pada aku la, dari aku jaga hati manusia yang x pandai jaga hati aku sendiri lebih baik aku jaga hubungan aku dengan Allah SWT..
sudah semestinya ada balasannya, walau bukan sekarang tapi InsyaAllah di akhirat nanti..
n aku x nak amik kisah tentang pandangan manusia kat aku, sebab aku hanya inginkan pandangan Allah SWT..
jadi if manusia di luar sana nak nilai aku macam-macam, nilailah sebab semua tu langsung x bernilai bagi aku,
sebab sekarang aku akan cuba jaga pandangan Allah, buat ape yang Allah suruh, tinggal ape yang Allah larang, buat ape yang Allah suka n jauhkan diri dari ape yang Allah benci, insyaAllah bahagia hingga akhirnya sebab segala apa yang kita buat segalanya hanya kerana Allah..
tujuan utama kita hidup kat dunia ni hanya untuk mendapatkan redha Allah..
jadi renungi diri, muhasabah diri, baiki diri, ayuh kejar cinta Illahi..
aku pun masih jauh, tapi sedang cuba dekatkan diri denganNya..
InsyaAllah..

#maaf, bahasa kasar tapi itu aku, so I dont care.. daa.. Assalamualaikum..




Tuesday, 23 July 2013

kenapa??

cerita ini bermula..

hari ni aku happy sangat sebab blablablablabla..

sampai bila blablablabla itu bisa terhenti..

blablablablablablablablablablablaaaaaa....

cukup la woi..

stop it, enough is enough..

aku bosan sama blablabla kau yang tiada kesudahan itu..

aku bosan sama kegembiraan kau melupakan segalanya..

aku bosan sama kegembiraan kau yang mendalam terhadap dunia..

aku bosan sama kegembiraan kau dengan dosa yang kau anggap biasa..

aku bosan sama kegembiraan kau melanggar segala suruhanNya Yang Maha Kuasa..

aku bosan sama kegembiraan kau..

aku bosan, aku bosan, aku bosan sama kau..

krik, krik, krik..

masing-masing terdiam..

dia mula bersuara..

kau kira bosan yang kau cipta itu mampu membawa kau ke syurga??

kau kira bosan yang kau miliki itu mampu hilangkan cinta kau pada dunia??

kau kira bosan yang kau bencikan itu mampu dekatkan kau pada Yang Maha Kuasa??

jika kau bosan kenapa kau diam??

jika kau bosan kenapa kau pura-pura gembira??

jika kau bosan kenapa biarkan aku dengan kegembiraan yang sementara ini??

kenapa?? kenapa?? kenapa kau tidak bersuara dengan dosa yang aku anggap biasa ni??

kenapa kau biarkan aku gembira sama dunia yang sementara ni??

KENAPA??

aku terdiam....

dia berlalu pergi dengan segala kesedihan yang aku cipta..

aku mula tersentap dengan segala persoalannya..

menangis dalam diam..

aku yang salah..


jauh

mimpi semalam muncul lagi..

seperti biasa alarm berbunyi pukul 3 pagi..

tapi dimatikan tanpa rasa bersalah..

pukul 3.30, pukul 4, 4.10, 4.20 masih berbunyi..

tapi dimatikan, dimatikan lagi..

pukul 4.30 tetap berbunyi..

dibiarkan berbunyi, 

mata mula terbuka..

tapi masih di posisi yang sama..

masih terfikirkan mimpi 10 minit yang lalu..

tidak berganjak,

kata-kata itu masih terngiang-ngiang tiada henti..

dalam diam mula terfikir..

ya, memang benar kata-kata itu..

"kau kira kau telah dekat denganNya, pada hakikatnya kau masih terlalu, terlalu, teeeerrrlalu jauh denganNya"

wuduk diambil, sejadah dibentangkan..

cuba dan cuba lagi untuk mendekatiNya..


Tuesday, 18 June 2013

bagaimana hati

bagaimana hati ini mau tenang jika Dia bukan di hati..

bagaimana hati mau gembira bila jauh denganNya..

bagaimana hati mau hidup jika Dia tiada di hati..

bagaimana hati mau bahagia jika hati lupa tentangNya..

bagaimana hati ini mau suci tanpa mengingatiNya..

bagaimana hati ini mau bersih tanpa dosa jika selalu ingkar terhadap suruhanNya..

bagaimana hati ini bisa hadir tanpa Sang Pencipta..

bagaimana hati ini bisa terluang dengan iman jika terlalu dengan dunia..

bagaimana hati mau mengingatiNya jika hidup dalam bisikan syaitan..

bagaimana hati mau mengikut suruhanNya jika hidup terlalu bahagia bersama dosa..

bagaimana mau memiliki hati yang didambakan setiap manusia..


Tuesday, 4 June 2013

bagaimana bisa??

dengan dosa yang kian menggunung..

bagaimana hati bisa tenang??

bagaimana hati bisa gembira??

bagaimana hidup bisa terlena??

bagaimana hidup bisa senang??

BAGAIMANA BISA??

selagi segalanya belum bisa terampun..

T___________________T

Monday, 27 May 2013

bagaimana nikmat hidup mampu dirasa

bagaimana nikmat hidup ini mampu dirasa,

kerana kelak Allah akan bertanya,

andai yang berbuat zalim akan diseksa,

dan kebaikkan akan dibalas bagi

yang melakukan amal soleh..


bagaimana nikmat hidup ini mampu dirasa,

bagi mereka yang yakin 

kematian akan datang bila-bila,

nyawa disentap oleh malaikat

yang besar, yang kuat,

lalu dia ditempatkan dalam kuburan yang sunyi

yang menjadi tempat huninya..


bagaimana nikmat hidup ini mampu dirasa,

bagi mereka yang tahu alam kubur destinasi mereka yang seterusnya,

tempat yang akan menghancurkan setiap tubuhnya,

wajah serta seluruh sendi-sendinya..

Sunday, 28 April 2013

استغفر الله العظيم

jauh ku berlari dari kenangan yang lalu..

namun ia tetap kembali..

kembali pada cerita yang dulu..

lupakan, lupakan, lupakan..

lupakan kenangan yang penuh dosa itu..

dosa yang lalu itu harus ku kenangkan..

dosaku pada Yang Maha Esa..

dosa kerna melupakan Dia..

استغفر الله العظيم

Friday, 26 April 2013

Kau yang selalu ada..

di saat mereka semuanya telah pergi..

Engkau sentiasa berada di sisi..

sentiasa menemani diri ini yang sepi..

pintu taubatMu selalu terbuka buat hambaMu yang penuh dosa..

kasih sayangMu tiada terbatas buat hambaMu yang alpha..

kekuasaanMu tiada tandingan buat hambaMu yang leka..

nikmatMu tiada terkira buat hambaMu yang tiada tahu mensyukuri..

kebijaksanaanMu tiada dapat diungkapkan buat hambaMu yang lupa diri..

keagunganMu teramatlah tinggi buat hambaMu yang menyombong diri..

Ya Allah aku malu pada diri yang alpha ini..

aku malu pada diri yang mempersetankan dunia yang hina ini..

aku malu pada diri yang penuh dosa ini..

aku malu pada diri yang tiada tahu mensyukuri nikmat Kau beri..

aku malu pada diri yang leka ini..

aku malu Ya Allah..

aku malu dengan kasih sayangMu..

kekuasaanMu..

kebijaksanaanMu..

keagunganMu..

serta segala nikmat yang telah Kau beri..

ampunkanlah segala dosa hambaMu ini Ya Allah..

kenangan juga cinta

antara kenangan serta cinta..

kenangan hanya tinggal kenangan..

cintaku telah diperbaharui..

diperbaharui dengan kesilapan yang lalu..

kesilapan yang terselit dalam kenangan..

namun kenangan yang lalu tidak bisa dipersalahkan..

kerna kenangan yang dulu yang bisa mengajarku..

yang bisa memperbaiki diri yang penuh kesilapan dulu..

jangan pernah kau kembali kenangan..

aku mahu bahagia bersama cintaku..

cintaku pada yang Maha Kuasa..

ingin ku penuhi hatiku dengan mencintaiNya..

cukuplah dengan hanya mencintaiNya..

"Ira", satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu tetapi kini hanya tinggal kenangan..

kini ianya hadir dengan sebuah cinta, cinta Illahi...


*p/s: kepada lelaki ajnabi, maaf seribu kali maaf, 
hatiku kini hanya bisa dipenuhi dengan cinta Illahi.. 
I Love Allah..
^_____^

kenangan

kenangan...

kenangan yang tak bisa dilupakan..

kenangan yang sering kali diabaikan..

kenangan yang sering kali dihapuskan..

kenangan yang hampir 3 bulan ditinggalkan..

kini ia datang kembali..

datang menghapuskan kebahagiaan..

ia kembali memusnahkan kegembiraan..

ianya sering kali hadir dikala waktu kesunyian..

pergilah duka..

hapuslah air mata..

kembalilah bahagia..

bahagia bukan bersama dia..

bahagia dalam melupakan dia..

insyaAllah..

aku mampu melupakan dia..


Thursday, 25 April 2013

tentang dia

tersebutlah al-kisah tentang dia..

lagaknya bak lelaki..

tetapi terselit hati bidadari..

naruto menjadi peneman diri..

dalam diam dia punya idaman hati..

itulah dia..

dia yang dikenali ramai..

punya ramai teman..

serta punya hati taman..

dia yang selalu tenang..

tenang yang tak punya perasaan.. (hee)

tapi dialah peneman..

peneman dunia..

insyaAllah,

akhirat jua.. ^___~





mereka

haishh..

masalah manusia tak sudah..

jika aku abaikan masalah mereka ini..

apa aku berdosa??

apa aku salah??

tapi aku penat dengan masalah mereka..

dalam diam mereka bertelingkah..

bertelingkah tak sudah..

abaikan, abaikan, abaikan..

tapi kesian mereka..

gimana mau aku nasihati..

aku maknae dalam rumah ini..

pasti nasihatku tidak dipeduli..

wahai kakakku..

berhentilah menyalahi..

perbaikilah diri..


Wednesday, 24 April 2013

penggerak subuh

apa aku penggerak subuh mereka??

langsung ku tak kisah..

pahalaku kian bertambah..

tetapi mungkin juga tidak..

mereka yang sebelah tidak tergerak subuh mereka..

apa aku yang salah??

ya, aku mengaku aku yang salah..

tapi apakan subuh..

waktu lain juga mereka abaikan..

aku hanya diam memerhati.. 

mendoakan semoga mereka dibukakan hati...

kerna tiada mampu untuk aku menasihati..

takut hati ini disakiti..

aku hanya mampu jadikan diri ini untuk dicontohi..

sahabat..

ayuhlah, kejarlah akhirat yang kekal..




Monday, 22 April 2013

berlagak

ahh.. berlagak!!

atas dasar apa kau berlagak sedemikian rupa??

atas dasar apa kau berlagak pada diri yang alpha??

atas dasar apa kau berlagak bak raja segala bapa??

atas dasar apa??

cuba kau bilang..

sedangkan apa yang kau punya semua milik Allah...

apa yang kau pakai semua hak Allah..

apa yang kau lagakkan semuanya hak milik Allah..

kau kira kau berkuasa??

punya harta sedemikian rupa...

punya rupa yang sedemikian rupa..

punya segalanya sedemikian rupa..

apa kau lupa??

kau hanyalah manusia..

yang tak punya apa-apa..

selain dari dosa yang kau lupa..

mohon Allah memberi kesedaran pada diri kau yang alpha..

subhanallah..

Sunday, 21 April 2013

amal dan iman

amal tanpa iman..

ibarat ilmu tanpa amal..

semuanya melepaskan batuk di tangga..

apa guna amal tanpa punya Allah di hati??

setiap amal yang dilakukan harus disertai sama Allah di hati..

niat hanya kerna Allah..

apa guna punya hati yang mati??

tanpa Allah di sisi..

hidupnya teramatlah rugi...

dunia hina

kiamat kian tiba..

namun manusia masih lagi alpha..

sama dunia yang hina..

hina di sisi Allah SWT..

jika dunia ini berharga..

tak kan pernah wujud orang kafir di dunia ini..

dijadikan terasa indah bagi orang kafir di dunia ini..

teramatlah rugi bagi manusia yang leka sama dunia yang hina ini..

semuanya hanya kerna dunia semata-mata..

nauzubillah..


Friday, 19 April 2013

jaga mata, telinga, mulut

duhai teman..

bila mana mataku tunduk tidak memandang,

bukan bererti aku sombong tidak memandang,

tetapi ingin ku jaga mataku dari terus menilai..

bila mana telinga ku bodoh tidak mendengar,

bukan bererti aku tuli tanpa pendengaran,

tetapi ingin ku didik dari mendengar fitnah..

bila mana mulut ku bisu tidak berbicara,

bukan bererti aku bisu tiada suara,

tetapi ingin ku lindungi dari menabur fitnah dosa..

semua itu harus ku didik supaya hati ini tidak terus hitam..

hitam dengan menilai dosa manusia..

cukuplah dengan dosa yang ada pada diri..

semoga terhapus dengan timbunan pahala..

Thursday, 18 April 2013

angan-angan

manusia oh manusia...

mereka semakin hanyut..

hanyut dengan angan-angan dunia..

mereka telah bisa dikuasai syaitan..

mereka diperdaya oleh mainan syaitan durjanam..

syaitan durjanam giat memasang angan-anagn kosong dalam diri mereka..

membuatkan mereka kian lalai..

lalai dengan kehidupan dunia..

sedangkan pahala dari Allah perlu mereka kejari..

tetapi itulah yang kian terabai...

yang dikejari hanyalah angan-angan dunia..

kesian mereka..

"(syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu hanya menjajikan tipuan belaka kepada mereka."
surah An-Nisa', ayat 120

"(pahala dari Allah) itui bukanlah angan-anganmu dan bukan (pula angan-angan ahli kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu, dan dia tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah. "
surah An-Nisa', ayat 123


kita berbeza tapi sama

kau kira kita sama??

maaf, seribu kali maaf..

cara kita berbeza..

penyampaian kita juga berbeza..

kau masih bisa sama dia..

ternyata aku tidak..

kau masih giat menonjol..

ternyata aku giat bersembunyi..

kau telah maju ke hadapan..

namun aku masih berada dibelakang..

kau sudah biasa dengan bicara dunia..

namun aku masih mencuba sama bicara manusia..

namun begitu..

niat kita masih sama..

cinta kita masih sama..

hanya pada Yang Maha Esa..

kesedaran

di saat fajar kian menyinsing...

matahari cuba kembali..

kembali menyinari bumi yang kian tua..

tua menuggu masa..

dimana manusia masih bisa gembira..

gembira melupakan saat kembali padaNya..

gembira dengan dunia yang tua..

alphanya itu manusia..

mereka lupa, lupa dan terus lupa..

lupa akan ajal yang akan mendatang..

lupa akan kiamat yang akan tiba..

serta lupa akan kehidupan di akhirat sana..

ayuh, cepatlah sedar..

sedar dan cubalah kembali padaNya..

kembali mendekatiNya..

perubahan

hari pertama perubahan..

ada yang memuji..

ada yang memerli..

ada yang mengagumi..

ada yang memerhati..

ada yang cuba menjauhi..

ada juga yang menghormati..

namun aku tetap bahagia...

dilayan bak seorang puteri..

inilah kurniaan Allah yang bisa kunikmati..

Alhamdulillah..

semoga Allah sentiasa di hati..

dakwah

sebelum bisa dakwah itu disampaikan..

apa bisa dakwah itu disampaikan buat diri sendiri??

dakwah buat diri sendiri ternyata lebih utama..

amalkanlah buat diri sebelum ia disampaikan..

kerna dengan cara itu ianya bisa disampaikan..

InsyaAllah..

kerna sifat manusia itu suka menilai..

manusia itu punya perasaan ego dalam diri..

manusia itu juga selalu alpha..

dan manusia itu juga sukar menerima..

itulah manusia..




bicara

di saat mereka lantang berbicara tentang diriku..

aku hanya mampu terdiam mendengar..

mereka manusia yang suka menilai..

yang tidak pernah bisa lari dari menilai..

mereka cukup gigih menilai manusia lain..

hakikat diri sendiri tidak ternilai..

apa bisa ku lakukan??

penilaian mereka sama sekali tidak bermakna..

tak akan merubah sedikit pun untuk aku terus berubah..

kerna aku telah nekad untuk mencintaiNya melebihi segalanya..

perubahan yang kulakukan hanya kerna Dia Yang Maha Esa..

InsyaAllah berkekalan...

ajarin aku

duhai teman...

jangan kau kira aku punya ketaqwaan teramat tinggi..

sedangkan aku masih di peringkat percubaan..

masih di tahap yang paling bawah..

namun begitu, aku masih cuba belajar..

belajar untuk berubah..

belajar untuk lebih mendekatiNya..

ajarin aku jika aku yang salah..

kerna aku masih hambaNya yang lemah dalam segala-galanya..

maafkan aku jika perlakuanku tidak menggambarkan peribadi seorang muslimah..

aku masih belajar..


Saturday, 13 April 2013

hatiku

saat hatiku telah layu..

tiada lagi gembira yang bisa membahagiakan..

tiada lagi hati untuk terus berbunga..

layu akan terus layu..

pintu hatiku telah tertutup..

tiada siapa yang bisa membukanya kembali..

hanya kau yang bisa..

mungkin bisa..

jangan ajarin aku untuk mencintai lagi..

hatiku tidak seteguh hatimu..

dan tidak bisa seteguh hatimu..

hanya Allah yang bisa menyembuhkan hatiku..

hatiku yang telah kau hancuri ini..

tetapi saat hatiku telah pulih kembali..

akan kujaga hatiku ini untuk tidak terus mencintai lagi..

akan ku didik ia supaya mencintai Allah SWT..

Dialah yang layak menerima dan menjaga cintaku ini..

hanya Dia Yang Maha Esa..

jangan

jangan pernah kau muncul lagi..

jangan pernah kau kembali lagi..

jangan pernah kau pinta hatiku lagi..

kerna hatiku kini telah hancur sehancurnya..

hatiku telah tiada, hatiku telah mati..

mati kerna kamu..

pergilah kamu, pergilah dengan cintamu yang baru..

hiasilah hidupmu dengan cinta barumu..

usah kau berpaling lagi..

kerna di saat itu, cinta kau yang dulu sudah terhapus..

terhapus dengan keperitan..

keperitan yang kau cipta..

Friday, 12 April 2013

hati

hatiku selalu goyah..

goyah dengan bisikan syaitan..

goyah dengan kecantikkan sementara..

goyah dengan permainan dunia..

goyah dengan keglamouran..

goyah, goyah tetap goyah..

Ya Allah, kau tetapkanlah hatiku ini..

tetapkan hatiku ini untuk terus mencintaiMu..

tetapkan hatiku untuk terus mencari keredhaanMu..

tetapkan hatiku untuk kembali padaMu..

tetapkan hatiku untuk selalu mengingatiMu..

tetapkanlah hati hambaMu ini dari terus hanyut dengan mainan dunia..

bantulah hambaMu ini Ya Allah..

ku mohon padaMu.. T___T

bahagia

bersyukurlah...

kebahagiaan yang diragut itu bukanlah pengakhiran segala kebahagiaan..

kerna mungkin kebahagiaan yang dimiliki sebelum ini tidak diredhai Allah..

berbahagialah kerna Allah, kerna redhaNya..

kebahagiaan yang diredhaiNya itulah kebahagiaan selamanya..

kebahagiaan yang berpanjangan sehingga di akhirat sana..

kerna itu..

aku cuba berbahagia walau perit..

kerna ku tahu kebahagiaanku masih menanti..

menanti kehadiranku untuk menyambutnya..

akan ku jaga kau bahagia sehingga di akhir sana..

insyaAllah..

ku bahagia kerna Dia, Allah Yang Maha Besar.. ^__^

Wednesday, 10 April 2013

mimpi

terjaga ku dari mimpi..

mimpi yang tak pasti..

apakah ia??

yang pasti aku senang sama sekali..

mimpi apakah ini??

lupa aku lupa..

kenapa harus aku lupa??

kembalikan mimpi aku itu..

mimpi yang kurang jelas..

mimpi yang bisa menggembirakan hatiku..

hati yang sekian lama telah terpudar..

terpudar dari kebahagiaan dunia..

kebahagiaan yang sementara..

jika aku kembali bermimpi,

apa bisa mimpi itu kembali??

kembali menceriakan hatiku yang telah layu..

layu disirami keperitan dunia yang sementara..

apa bisa??

ahh..lupakan..

tahajjudku sedang menunggu..

sebaiknya aku segerakannya..

salam subuh dariku..




merdeka

merdeka!! merdeka!! merdeka!!

merdeka kau atas dasar apa??

apa kau fikir kau udah bebas??

sudah bebas dari tangan penjajah??

ternyata kau silap, sama sekali silap..

ternyata kau sudah tertipu..

tertipu dengan mainan penjajah..

kau merdeka hanya atas nama saja..

yang pasti kau masih dikawal oleh mereka..

dikawal oleh mainan jahat mereka..

jangan kau kira mereka dengan mudah akan memberi kebebasan..

tidak, sama sekali tidak..

berhentilah bermimpi wahai rakyat melayu..

bangunlah dari angan-angan kosong ni..


Tuesday, 9 April 2013

esok

jika esok tiada lagi untukku..

semoga kau bahagia..

jika esok tiada lagi untukku..

ku mohon agar kau gembira..

gembira dengan ketiadaanku..

gembira dengan pemergiaanku..

gembira dengan kesedihanku..

semoga kau bahagia sayang...

TIDAK!!

bukan kau yang ku bimbang..

jika esok tiada lagi untukku..

cukupkah amalanku??

cukupkah pahalaku??

cukupkah bekalanku??

masih terlalu banyakkah dosaku??

neraka atau syurga destinasiku??

semoga esok masih ada untukku..

InsyaAllah..





baik jahat

dalam dunia tiada apa yang pelik..

yang baik ditinggalkan..

yang jahat diikuti..

yang baik dibenci..

yang jahat disayangi..

yang baik dikhianati..

yang jahat disanjungi..

yang baik difitnah..

yang jahat dimuliakan..

yang baik disumpah..

yang jahat dicontohi..

inilah dunia akhir zaman..

nauzubillah..

manusia

oh dunia..

kerna kau manusia lupa..

kerna kau manusia alpha..

kerna kau manusia leka..

hanya kerna kau..

bukan, bukan kau yang salah..

yang salah itu manusia..

makhluk Allah..

yang diberi akal..

kesihatan tubuh badan..

rezeki yang melimpah..

nikmat yang mencukupi..

tetapi mereka

bodoh, bodoh, bodoh...

sombong, sombong, sombong..

bodoh sombong dalam mensyukuri nikmat Allah..

ampunilah mereka Ya Allah..

kau

apa kau gembira??

apa kau setia??

apa kau senang??

apa kau bahagia??

apa kau?? apa kau?? apa kau??

ku tahu, gembira kau dalam tangisan..

ku tahu, setia kau dalam pengorbanan..

ku tahu, senang kau dalam kesusahan..

ku tahu, bahagia kau dalam keperitan..

ku tahu...

salahku??

kejam dia kejam..

sama sekali tidak menyesal..

malah amat berbangga..

lagaknya seperti aku yang salah..

tapi apa salah aku??

izinkan aku untuk memperbaiki salahku..

jika salahku membuat kau bangga melepaskanku..

izinkan aku untuk mengetahuinya..

aku merayu..

aku juga berhak untuk mengetahui..

aku hanya manusia biasa..

aku lalai dalam mencari kesalahanku..

jika benar salahku,

izinkanku untuk mengubahnya..

aku sedang berubah untuk memperbaiki salahku yang dulu..

jadi sila nyatakan salahku yang dulu..

yang membuatkan kau meninggalkanku..

tiada lagi aku yang dulu..

aku sekarang bukan aku yang dulu..

tegarnya kau..

Monday, 8 April 2013

politik

tiba-tiba dia menyapa..

"kau pilih mana??"

tenang aku menjawab..

"aku memilih yang baik"

dia masih bertanya..

"ia, yang mana??"

pertanyaanya dibalas pertanyaan..

"kau rasa??"

"aku rasa aku tahu yang mana??

aku kembali bertanya..

"yang mana??"

diam dia mencari jawapan..

"yang lebih mementingkan kehidupan yang berkekalan bukan yang sementara.."

lantas ku tersenyum dan kembali bertanya..

"dan kau pilih yang man??"

dia juga turut tersenyum..

"jika itu jawapanku untukmu, ternyata jawapan itu untukku jua"

tergelak mereka tergelak..

"ahh, skemanya ayat ko.."

"haahaa" ^__^


termenung

termenung lagi..

termenung kau termenung lagi..

cukuplah..

berhentilah...

kali ni termenung aku bukan yang biasa..

terfikir aku terfikir..

kapankah ajalku akan tiba??

sekarang??

esok??

lusa??

seminggu lagi??

setahun lagi??

bila??

persoalannya sekarang

kapan aku akan berubah??

memandangkan ajal itu terlalu dekat..

teramat dekat sekali..

jawapannya hanyalah satu..

SEKARANG!!




rindu

rindunya aku rindu..

rinduku pada keberanianmu..

rinduku pada semangat jihadmu..

rinduku pada ketabahanmu..

rinduku pada kepimpinanmu..

rinduku pada kasih sayangmu..

rinduku pada kebijaksanaanmu..

rinduku pada kemuliaanmu..

rinduku pada kerisauanmu terhadap ummatmu..

rindu ya aku rindu padamu Ya Rasulullah.. T__T


sementara

sudah cukup sudah....

usah dibanggakan akan kecantikkan sementara..

usah dikenang akan cinta yang sementara..

usah dikejar akan dunia yang sementara..

yang sementara itu akan kekal sementara..

usah kau tertipu..

usah kau lalai..

usah kau, usah kau..

berhenti berharap..

ianya akan tetap sementara..

Sunday, 7 April 2013

kehidupan

kehidupan..

bukanlah sesuatu yang kekal..

juga bukan sesuatu yang sementara..

ianya sesuatu yang kekal juga sementara..

yang sementara itu dunia..

yang berkekalan itu akhirat..

kehidupan di dunia itulah yang sementara..

dan kehidupan di akhirat itulah yang berkekalan..

teramatlah rugi bagi yang mengejar yang sementara itu..

yang sementara itu hanyalah tempat persinggahan..

tempat persinggahan utuk menuju yang kekal..

yang sementara itu tempat untuk mencari bekalan..

bekalan untuk kehidupan yang berkekalan..

teramatlah rugi bagi makhluk yang lalai dengan kehidupannya yang sementara itu..

makhluk yang dambakan keseronokan dunia..

makhluk yang alpha dalam  mensyukuri nikmat Allah..

makhluk yang murka akan perintah Allah..

makhluk yang lupa akan penciptaNya..

merekalah makhluk itu,

makhluk yang menggalas dosa untuk kehidupan yang berkekalan..

makhluk yang kosong bekalannya dalam menuju kehidupan berkekalan..

makhluk yang dimurkai Allah..

Wallahualam..


bodoh

"hidup ni hanya sekali, so kita enjoy...."

ahh..bodohnya kau..

ternyata kau memang bodoh..

apa kau belum sedar akan kewujudan kau di dunia ini??

apa kau fikir kehidupan kau hanya untuk bergembira??

jika itu yang kau fikir, ternyata kau sememangnya bodoh..

bodoh dalam mengungkap segalanya..


cemburu

cemburu aku cemburu...

serius aku cemburu dimana

hidupmu bertemankan salji,

hidupku hanyalah bertemankan matahari...

dan bila

hidupmu bertemankan kesusahan,

hidupku bertemankan kedukaan..

cemburukah aku??

ohh.. aku silap..

bila mana hidupmu menemui kegembiraan,

hidupku menemui kebahagiaan..

masih cemburukah aku??

maaf, aku masih silap..

bila hidupmu diterangi cinta Illahi,

hidupku disinari cinta Illahi..

okeyhh, ternyata aku silap..

aku tidak layak untuk cemburu..

kita sama..

tetap sama..

sama-sama merasakan..

sama-sama hamba Allah..

Allah itu Maha Adil..

berubah

diam!!

jangan kau bilang padanya kau sudah berubah..

jangan kau bilang padanya kau sudah berubah..

biarakan dia terkapai dalam persoalan..

kau teruskan berubah..

jangan kau bilang padanya..

cukuplah hanya Allah yang mengetahui segalanya..

kerna kau berubah bukan kerna dia..

tapi kau berubah semuanya kerna Allah..

jadi berhenti menonjolkan diri dengan perubahan yang kau miliki..

tetapkanlah hatimu untuk berubah demiNya bukan dia yang sementara..

tinggalkan dia, biarkan dia dengan cinta barunya..

cinta kau kini hanyalah Allah SWT..

jadi teruskanlah mencintaiNya Yang Maha Esa..

bohong

ku kira bahagia yang ku kecapi bahagia buat selamanya..

ternyata aku dibohongi lagi,

dibohongi lagi oleh cinta sementara..

apakah cintaku ini hanya untuk dibohongi??

kemanakah dikau menghilang duhai cintaku yang kekal??

apakah masih bisa untuk kita kembali bersatu??

ahh...sudah,

cukuplah dengan cinta..

aku bosan, aku bosan sama cinta..

cintaku sudah lama terhapus..

 tiada lagi cinta dalam kamus hidupku..

yang tinggal hanyalah cintaku pada Illahi..

23 Disember 2012

23 Disember 2012

The Hobbit

kebahagiaan 

masih lagi hadir..

masih lagi muncul..

masih lagi menemani..

namun tidak selalu..

tapi 

tidak kusangka..

23 Disember 2012 pengakhirannya..

The Hobbit penutupnya..

serta di J kesudahannya..

cukuplah..

yang sudah biarkannya berakhir..

usah dikenang lagi..

Gollum... O_O


7 April 2012

7 april 2012..

dimana segalanya bermula..

hadirnya pelbagai perasaan dalam hati..

malu, cinta, bahagia, suka, gembira..

semuanya bersatu..

tetapi

ianya tidak berpanjangan..

sedih, cemburu, risau, sakit, perit..

mula menerjah..

membuatkan cinta itu makin teguh..

mungkin..

dan ianya masih tetap berlarutan..

membuatkannya semakin hambar..

23 September 2012

23 Oktober 2012

ia masih juga tetap sama..

dan cinta itu semakin jauh..

semakin ditinggalkan..

5 February 2013

berakhirnya segala cerita..

pertemuan kepada perpisahan..

pengakhiran bagi percintaan..

7 April 2013

tarikh yang hampir sama..

namun ianya sudah berakhir..

tiada lagi permulaan bagi percintaan..

yang kekal berpanjangan hanyalah kenangan..

serta secebis hati yang masih berharap..

semoga terhapus..






biskut cecah milo..

ah sudah,

kau terlalu memilih..

sudah banyak kau hadap...

apa masih tidak cukup??

kau sememangnya suka memilih..

kau memang cerewet..

cerewet dalam segalanya..

cerewet engkau pun semuanya kau telan..

sesungguhnya kau manusia yang tidak tahu bersyukur..



ah... sudah, sudah...

berhenti membebel...

aku bosan dengan bebelan kau...

langsung tiada membantu..

aku hanya mahukan biskut cecah milo..

tapi kau...

merungut tak sudah..

aku rindukan biskut cecah miloku..

yang tinggal hanyalah biskut..

dimana miloku..

miloku tak bisa digantikan dengan limau o ais..

hanya milo yang bisa digandingkan dengan biskutku..

di mana kau milo..

aku rindukan kau biskut cecah miloku..

LAPAR... =___=


your choice

If I love him...















kebahagiaan diakhiri dengan kesedihan..

pertemuan diakhiri dengan perpisahan..

percintaan diakhiri dengan keperitan..


BUT


If I love Him..













kesedihan digantikan dengan kebahagiaan berpanjangan..

perpisahan akan kembali kepada pertemuan..

keperitan dapat diubati dengan percintaan terhadapNya..

jodoh

bila tiada jodoh..

bukan bererti dia bukan yang terbaik untukmu..

tetapi dia tidak tertulis di lauh mahfuz untukmu..

mungkin juga dengan mencintainya..

membuatkan diri kau jauh dengan Dia Yang Maha Esa..

jadi, janganlah kau bersedih duhai hati..

cinta terlarang

cinta..

relakanlah ku akhiri cerita tentang kita..

ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku..

namun cinta kita ini cinta terlarang..

hadirkanlah cintamu itu dengan cinta Illahi..

aku juga akan turut mencintaiNya..

namun tiada salah bagimu untuk mencintai yang lain..

kerna aku akan terus mencintaimu..

ku tahu cinta kita ini cinta terlarang..

akan ku baiki cinta ini dengan mencintai Yang Maha Esa..

kamu..

teruskanlah mencintai..

ku doakan kebahagiaan cintamu yang kau dambakan..

aku...

akan berhenti daripada terus mencintai..

kerna cintaku kini hanya pada Yang Maha Esa..

semoga kau bahagia cinta..







short love story..

she found Allah SWT..

and she live happily ever after..

Wednesday, 3 April 2013

why??

this painful love,
why did it choose me??

aku

bila lidahku kurang berbicara,

bukan bererti aku punya perasaan takbur dan sombong,

tetapi aku risau dan takut jika perbicaraanku bisa mengguriskan, menyakitkan serta melalaikan kamu dari mengingati AllahSWT..

bila mataku kurang memandang,

bukan bererti aku malu untuk memandang,

tetapi aku takut jika pandanganku bisa membuatkan hatiku menilai segalanya..

Monday, 1 April 2013

facebook n twitter

Ya Allah,

seseungguhnya hatiku cukup memberontak di saat ini..

hatiku memberontak untuk mebuang masa di laman sosial ini..

aku takut untuk membuang masa seperti remaja2 yang lain..

aku takut jika aku x dapat membahagikan masa dengan betul..

aku takut masa aku untuk bersamaMu lebih singkat..

aku takut aku semakin lalai dengan perintahMu..

aku takut amal ibadahku semakin berkurangan..

aku takut aku akan kembali ke masa lalu..

aku takut ianya menghakis keimananku..

aku takut, takut dan takut..

aku takut kerana Allah..

Thursday, 28 February 2013

cintaku

sayangilah dia..



pengubat kepada segala kepedihan..

kegembiraan kepada segala kesedihan..

penawar kepada segala kesakitan..

kesenangan kepada segala kesulitan..

pengisian dilkala kekosongan..

ketenangan dikala kegelisahan..

peneman dikala kesunyian..


Wednesday, 27 February 2013

He doesn't know love

He doesn't know
He really doesn't know about this painful love
I loved by myself and now this separation
And I let him go

I erase and erased but
I can't even erase a single fingertip
Of the only one person for me

Men don't know love

They don't know this sad woman's love
He only knows separation so he doesn't know love

You will never know my heart
You don't know love so you leave me and pick another love
You don't even know half of my torn heart
You only know yourself
The wound remains as a scar



Don't fall in love

Don't fall in love, break-up always comes along
It hurts so much that you can't breathe
I thought that forgetting would hurt just as much as love
I thought it could happen but
No, it hurts a thousand times more

I'm scared of living with my eyes opened
Because I won't be able to even find
It's better to just fall asleep missing you



Again and again, no, I can't
I talk by myself like a fool

Don't fall in love, it hurts to death
You cry everyday
I used to say that it'll be easy to forget once new love comes
But no, not my love
Not me

fake love

I thought you were my love
I thought you were my everything
I believed that you would be my last love
I laughed only for you
I lived only for you
I believed in your love and that it was happiness

Its all lies. All lies
Your love for me was all lies
Youve hurt me so
You left me crying
You said youll love only me, protect only me
Your love was all lies
You took away my heart and my love
and leaving me was love

Being loved by one person
Giving love to one person
I foolishly believed that person would be you
Its all lies. All lies
Your love for me was all lies
Youve hurt me so
You left me crying

Dulu, Kini dan Selamanya

Dulu..

Aku sayangkan dia..

Kini..

Aku masih sayangkan dia..

Seterusnya..

Aku akan terus menyayangi dia..

Maaf..

Dia

Dia

dia yang x pernah menghargai kewujudanku..

dia yang x pernah tahu perasaanku..

dia yang x pernah kenal diriku yang sebenar..

dia yang telah pergi..

tiada lagi dia..

yang tinggal hanyalah Dia yang Maha Esa..

yang menghargai kewujudanku..

yang mengerti perasaanku..

yang mengenaliku..

Dia yang masih setia bersamaku..

Allah SWT..